Tuesday 23 February 2016

MAGIC SIM

Celcom telah melancarkan pelan pascabayar Basic 38 yang agak ‘disruptive’ dan berdasarkan jumlah respon yang saya dapat (674 shares, 185 komen) pelan ini ternyata sangat popular kerana memberikan value yang terbaik pada kadar harga yang masuk akal.
Baru-baru ini pula, Celcom telah melancarkan pelan prabayar Xpax Magic Sim yang boleh dikatakan ‘disruptive’ juga kerana memberikan internet asas percuma pada serta kelebihan yang banyak jika dibandingkan dengan pelan prabayar oleh telco lain.
Jadi Magic – Magic yang orang ramai sebut2 tu refer kepada Xpax Magic Sim la sebenarnya!
Saya berkesempatan membeli satu simkad Xpax Magic Sim untuk digunakan pada telefon kedua saya (phone untuk business purpose) dan jika anda nak tahu apa yang magic sangat dengan kad sim ini, boleh membaca artikel penuh di bawah.

XPAX MAGIC SIM REVIEW

celcom-magic-sim-review
Harga Xpax Magic Sim
Harga saranan bagi simkad baru ialah RM5 dengan jumlah kredit sedia ada RM3.
Dekat internet mungkin ada peniaga jual dengan bermacam-macam harga, dan bermacam-macam bonus, topup percuma…tapi yang pasti harga RRP hanya RM5 termasuk GST. Kad sim Xpax Magic Sim ialah kad sim saiz normal, dan tiada pilihan untuk kad sim Nano atau Micro. Pengguna iPhone terutamanya agak leceh sikit kena potong atau tukar kepada kad sim Nano yang baru.
By default, kad sim Magic Sim sudah menyokong 4G LTE.
Convert Pelan Sim Kad Biasa kepada Magic Sim
Jika ada pengguna pelan Xpax sedia ada seperti IOX, UOX dan sebagainya, anda boleh convert ke pelan Magic Sim dengan menggunakan SMS.
Hantar “MIG MAGIC” ke 28882.
Tapi saya difahamkan bagi yang convert pelan dari UOX ke Magic Sim, anda akan kehilangan tempoh validity hingga umur 26 tahun.
Manakala, trick untuk extend validity hingga 1 tahun juga tidak lagi valid. (SMS EXP1 ke 28882)
Jadi sebelum anda convert pelan, fikir dulu yang mana lebih menguntungkan anda.
Jika anda mahu MNP atau convert dari Hotlink, Digi, Umobile, Altel etc ke Magic Sim, anda boleh ke Celcom Center berdekatan.

KELEBIHAN XPAX MAGIC SIM

Internet asas percuma ini hanya mempunyai kelajuan 64 kbps. Agak perlahan untuk browsing dan agak impossible untuk streaming video tetapi anda tidak boleh complain lebih sebab ianya percuma. Haha. Basically anda kini boleh on Data pada telefon pintar anda setiap masa tanpa langgan pakej internet tambahan cuma kalau perlukan internet yang lebih laju baru kena langgan data tambahan.
  • Percuma 64 kbps internet asas, cukup untuk hantar/terima mesej dari aplikasi Whatsapp, Line, Telegram, Wechat dan sebagainya
  • Percuma Data kelajuan tinggi 200 MB
  • Percuma 20 minit panggilan atau 20 SMS
  • Kadar panggilan serendah 12 sen seminit
  • Tiada caj PPU dikenakan, kredit tidak akan ditelan sekiranya internet habis kuota
  • Baki internet bulanan boleh di bawa ke bulan hadapan
  • Ianya adalah Prabayar (prepaid), since ramai kata postpaid leceh, nak kena daftar bil dan sebagainya
  • INTERNET BURUNG HANTU (Unlimited Data at 1am - 7am)
Yang membezakan Magic Sim dengan prepaid telco lain, ialah, dengan Magic Sim anda dapat banyak freebies setiap kali anda beli topup;

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Pages